Bersyukur kehadrat Allah S.W.T Pencipta
sekalian alam kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menamatkan
latihan industri selama hampir lima bulan dan seterusnya dapatlah saya
menyiapkan sebuah laporan industri ini hasil kerja saya menjalani latihan
industri di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar (PDTKK). Dengan adanya
laporan latihan industri ini , maka pihak-pihak berkenaan dapat mengetahui
serba sedikit hal-hal dan aktiviti yang dilalkukan oleh saya sepanjang menjalankan
latihan industri.
Penghargaan ikhlas ini
ditujukan untuk ayah, bonda tercinta serta keluarga yang di sayangi kerana
tidak pernah putus memberi semangat dan rangsangan pada diri ini . Tidak lupa
juga kepada
semua kakitangan di semua unit Pejabat Daerah dan Tanah Kuala
Kangsar(PDTKK) yang tidak jemu-jemu
memberi saya tunjuk ajar yang banyak manfaatnya kepada saya suatu hari nanti
serta rakan-rakan seperjuangan di
Politeknik Balik Pulau , Pulau Pinang .
Setinggi penghargaan
diucapkan kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi terutama pensyarah program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
yang telah membantu dalam penulisan laporan ini dan di atas segala ilmu yang
telah dikongsi bersama.
Diharapkan dengan
adanya sebuah buku laporan latihan industri ini dapat memberi sedikit panduan
dan ilmu-ilmu yang berkaitan pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment